* HELLO FOLLOWERS *

Saturday, December 5

> Wasiat Buat Tauke



Untuk sesipa yang nak tengok wajah terakhir pakyus bersame peminat , boleh click --  infolagi2u.blogspot

Terbace kat twitter , someone ( peminat jambu ) create something untuk tauke ...  

- Wasiat Buat Tauke -

Aku tahu apa yang engkau rasa
Aku ada dalam tubuhmu yang kaku
Jangan sesekali lidahmu kelu
Wajahmu muram dan memilu
Senyumlah kembali
Agar aku tenang beradu

Tauke,
Sudahkanlah air matamu
Ingin aku menemani hari-hari mu
kita bersama susah dan senang selalu
Dari sebuah empayar bernama JAMBU

Dari bawah kita mencipta sesuatu
Bukan nama atau kejar nombor satu
Serius kita, dalam merapu
Janji peminat ketawa bertalu talu
Itu kepuasan dalam sakit dan sendu 

Adik ku, Tauke ,
Jangan murung dan berkurung lagi
Aku hanya berehat dengan Pencipta 
Akan ku hadir dalam mimpi-mimpi mu
Dan ingat ,
Impian di syurga, kita pasti bertemu

Sahabatku Tauke,
Maafkanlah diriku meninggalkan kamu
Ini takdir sebagai penentu
Banyak sangat kenangan 
Suka dan duka
Jua tangis dan tawa

Kita adalah sahabat sejati
Aku ada engkau sebagai saudaraku
Engkau pinjamkan aku bahumu
Saat aku sedih tak berlagu
Engkau gembira saat aku berjaya

Satu Malaysia tahu kita geng bersama
Bagai isi dengan kuku
Seperti aur dengan tebingnya
Tak kan terpisah walau apa halangannya

Maafkan aku sahabat,
Aku sayang dirimu sampai kiamat
Teruskan perjuangan senimu
Sebut namaku dalam doa solatmu
Jangan lupa tuju lagu
lagu 'Bila Aku Sudah Tiada'
Engkau jua, aku pasti merindu 

Sharimi, 1 Disember 2015

Note :-
Terima kasih pakyus .. terima kasih kerana telah menghiburkan kami semua .. Pakyus ade dalam hati kami ... buktinye bile ramai yang datang waku pengebumian .. ramai yang bace kan alfatihah untuk pakyus .. semoga Pakyus tenang di sana .. alfatihah



2 comments:

miss zyaroses said...

salam singgah zya tag awak dekat sini yer. http://misszyaroses.blogspot.my/2015/12/sahut-cabaran-blogger-meeya-techik.html

Etuza Etuza said...

salam singgah Etuza follow blog awak ya..please sudilah follow blog saya pua..
sedih muzik..alfatihah