* HELLO FOLLOWERS *

Thursday, July 5

> boleh pulak berdengkur!!

hey!! assalammualaikum!! ada sihat kah??  ada baik kah? ada happy kah?? ngeeeee :)


lame betol tak menari kan jari aku di keyboard lappy aku yang comel nih! ahaaa. .jangan marah sebab sy memang suke berperasan. .tp bukan berperasaan! hehehehe. . .


aku updated entry malam2 jumaat nih bukan sebab nak luah kan rase rindu kat korang bagai.. tapi aku nak share kat korang satu kisah yang agak memalukan diri aku. .bukan untuk memalukan diri di public diary nih. .tapi sekadar perkongsian. .orang kate, sharing is caring. .right?? oleh itu, marilah kite bersharing! ahahahahah! *gurau der :)


semalam petang aku ade taklimat dengan ketua pengarah. .tapi bukan aku jek, semua guru negeri melaka. .taklimat untuk sukan peringkat negeri hari sabtu nih. .taklimat tuh buat kat dalam auditorium. .so tempat nye ade pentas and tempat audiance pon ala2 kerusi yang bertangga. .korang mesti tahu kan? *kalau ade yang tak dapat nak bayangkan..buat2 paham je la :). .  .

 -continue-  

taklimat start jam 2.30 pm. .time lepas makan tengahari. .kejap2 aku tengok jam. .bile la nak abes nih. .tengok jam pukul 3.30. baru sejam! huh! aku dah mule menguap tak henti2. .nak tahu ape jadi? dalam semua khusyuk dok mendengar taklimat. .entah macam mane, aku terlelap. .tidur, tidur dan terus tidur. .tibe2! aku tersentak sebab tangan aku di tolak. . .kawan aku yang duduk kat sebelah nih. .bisik kat aku. . 

"hey kak! kau tau kenape aku tolak tangan kau? kau tau tak kau berdengkur sangat kuat! semua orang pandang kau!! " 

haiyooooo! terus aku segar! malu ya amat! tak terkate dengan kate2! ahahahaha :) nak di jadikan malu, boleh pulak time aku berdengkur, time tuh audi tengah senyap sunyi. .tetibe dengar suare dengkur! haaiiisshhh! malu ya amat. . 

paling memeranjat kan. bile aku tengok jam. .dah pukul 5.30pm. .ya Allah! aku dah tido selame 2jam?!!! biar betol??!!! 

bertambah segar lah mate aku yang sepet nih! ahahaha. .tak sampai 10 minit, aku dengar pengarah cakap "bersurai" . . .hehehehe.  .

bile aku nak keluar dari audi. .aku tengok ramai je yang baru bangun tido! rupe2 nye ramai jugak yang terlelap. .cume tak mengeluarkan bunyi jek! ahahaahahaha...


okeyy, tuh je yang aku nak share kat korang!  moral of the story? lu pikir la sendiri. . bye :)


No comments: