* HELLO FOLLOWERS *

Wednesday, March 16

> Kesempurnaan

untuk apa bersama kalau orang lain masih di dalam hati
untuk apa bersama kalau kebaikan orang lain yang di nilai hati
untuk apa bersama kalau yg depan mata, tak layak bertakhta di hati

keikhlasan itu mungkin sukar untuk dilihat
mungkin sukar untuk di fahami
tapi sesungguhnya keikhlasan itu ada kalau di pandang dari sudut hati

jangan dilihat pada mata kasar,
kerana setiap orang ada kelebihan 
jangan di renung pada satu kesilapan
kerana setiap orang juga sifatnya tak sempurna

kalau semua orang cuma menilai dari luaran,
apa guna Allah ciptakan hati ?
kalau semua orang menghukum kesalahan manusia
apa guna Allah si Maha Pengampun? 

perempuan yang hatinya lembut, jangan dicabar kelembutan nya
perempuan yang kesabarannya tinggi, jangan di cabar tahap ketinggian nya
maaf yang beribu kali, mungkin tak kan sama dengan peluang yang terakhir kali
cukuplah permainkan hati.

pengorbanan,
mungkin tak semua fahami.
mungkin tak semua mengerti 
tapi percayalah,
tiada manusia yang sanggup berkorban walaupun bukan atas kehendaknya sendiri. 
bukan juga atas kemahuannya sendiri .. 

kalau setiap orang itu ada kelebihan, 
faham kan jugak,
setiap orang jugak pasti tak kan sempurna

kekurangan tak kan pernah terlepas, maka terimalah seadanya dengan ikhlas

belajar untuk ikhlas , pasti akan terdidik nye redha

kerana, redha itu ikhlas .


publish


No comments: