kau mahu menang, silakan lah
bukan tundukku maksud aku kalah
bukan juga maksud aku betul semua
tapi hidup aku singkat
untuk pertikai apa sahaja
yang aku mahu, bahagia
kalau pon nanti kau mahu kenang aku sebagai si lemah,
si tak guna,
si bebal diam saja
tak apa
kerana akhirnya
antara aku dengan Dia juga
jadi biar saja
kerana hidup aku singkat
yang aku mahu,bahagia
cukup untuk aku
cukup yang sederhana saja
kerana makin singkat hidup aku
tak mahu dihabiskan dengan
siapa betul siapa salah
publish
1 comment:
life too short.. kan? hehehe
Post a Comment