* HELLO FOLLOWERS *

Sunday, March 20

> Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA



Sekali air mata itu tumpah, bagai melegakan hati si pemiliknya

Wanita,
Kadangkala di uji dengan sehebat hebat ujian
Zahirnya lemah tapi batin nya gagah anugerah Tuhan

Itu anugerah Tuhan
Beruntung dan bersyukurlah
Dari jutaan, engkau pilihanNya

Kita rasa, kita lah yang besar ujiannya.
Kita rasa kita lah paling berat bebanannya

Heyyy, come on .. ada yang lagi besar dugaan nya .. lagi berat bebanan nya !
Jangan merungut . jangan mengeluh walau sedetik ..
Kita milik Dia.. dulu, kini dan selama nya
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita .. bukan hanya di dunia, bahkan di daerah sana ..

Jalan takdir Allah tak pernah salah .. berbaik sangkalah dengan aturan Nya .. jika perlu engkau menangis, menangislah .. tapi jangan terlalu lama .. seolah kita tak redha dengan aturan Nya

Takdir Allah is something yang unexpected . Miracle things may come soon . yess .. soon .

Kita perlu percaya bahawa Syurga itu mahal .. terlalu mahal dan bukan mudah untuk kita dapat .. even people always said bende yang payah nak dapat itu lah yang kita akan benar benar hargai ..
dan kita pasti bahagia sangat bila dapat .. itu pasti

Senyum ! walau ada masa kita jatuh , ada masa kita tak mampu bangun,
ingat lah .. walau apa pun, Allah tetap menemani ..

Just beside you ..

Sampai masa nanti , kita akan faham .. ada perkara yang dah tertulis, tetap akan terjadi .. berhenti untuk memaksa ia menjadi macam yang kita nak .. tetapi redha dan bersabarlah dengan aturan Nya ..

Dan ingat lah ..
Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak jugak terletak pada penampilan diri, dan tak jugak terletak pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia .. tetapi ukuran kebahagiaan itu ada pada hati manusia yang mendamba redha Tuhan nya ..

la tahzan,
Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia :)




publish .

Wednesday, March 16

> Kesempurnaan

untuk apa bersama kalau orang lain masih di dalam hati
untuk apa bersama kalau kebaikan orang lain yang di nilai hati
untuk apa bersama kalau yg depan mata, tak layak bertakhta di hati

keikhlasan itu mungkin sukar untuk dilihat
mungkin sukar untuk di fahami
tapi sesungguhnya keikhlasan itu ada kalau di pandang dari sudut hati

jangan dilihat pada mata kasar,
kerana setiap orang ada kelebihan 
jangan di renung pada satu kesilapan
kerana setiap orang juga sifatnya tak sempurna

kalau semua orang cuma menilai dari luaran,
apa guna Allah ciptakan hati ?
kalau semua orang menghukum kesalahan manusia
apa guna Allah si Maha Pengampun? 

perempuan yang hatinya lembut, jangan dicabar kelembutan nya
perempuan yang kesabarannya tinggi, jangan di cabar tahap ketinggian nya
maaf yang beribu kali, mungkin tak kan sama dengan peluang yang terakhir kali
cukuplah permainkan hati.

pengorbanan,
mungkin tak semua fahami.
mungkin tak semua mengerti 
tapi percayalah,
tiada manusia yang sanggup berkorban walaupun bukan atas kehendaknya sendiri. 
bukan juga atas kemahuannya sendiri .. 

kalau setiap orang itu ada kelebihan, 
faham kan jugak,
setiap orang jugak pasti tak kan sempurna

kekurangan tak kan pernah terlepas, maka terimalah seadanya dengan ikhlas

belajar untuk ikhlas , pasti akan terdidik nye redha

kerana, redha itu ikhlas .


publish


Tuesday, March 15

> M A S A

masa ,

yang terlampau banyak dihabiskan untuk perkara yang remeh .

masa yang terlampau banyak di sia-sia

masa yg hanya mengaharapkan pengiktirafan manusia

masa yg hanya mengharapkan dihargai oleh manusia

dan masa yg hanya mengharapkan dikenang oleh manusia

ada apa dengan manusia?

kalau akhirnya pengorbanan kite dilupe begitu saja

ada apa dengan manusia ?

kalau akhirnya diam tanpa suara

dan,

ada apa dengan manusia?

kalau akhirnya mengharap orang yg bukan didepan mata

terlampau banyak masa yang terbuang hanya kerana mengharapkan manusia menghargai pengorbanan kita lakukan untuk dia




> S I N G K A T

hidup aku terlalu singkat untuk bertelagah

kau mahu menang, silakan lah

bukan tundukku maksud aku kalah

bukan juga maksud aku betul semua
tapi hidup aku singkat

untuk pertikai apa sahaja

yang aku mahu, bahagia

kalau pon nanti kau mahu kenang aku sebagai si lemah,

si tak guna,

si bebal diam saja

tak apa

kerana akhirnya

antara aku dengan Dia juga

jadi biar saja

kerana hidup aku singkat

yang aku mahu,bahagia

cukup untuk aku

cukup yang sederhana saja

kerana makin singkat hidup aku

tak mahu dihabiskan dengan

siapa betul siapa salah


publish